Kaedah islam menapis ideologi agar seiring dengan ajaran islam
Pengenalan
Kenapa umat islam hari ini lemah dan mudah untuk diresapi pemikiran pemikiran yang tidak seiring dengan agama islam . Hal ini kerana islam telah hilang “energy” .Agama islam sudah lama hilang kekuatan .Umat islam sekarang telah hilang frekuansi dan wasilah .
Umat islam telah hilang hubungan dengan ALLAH . Hubungan dengan ALLAH boleh diibaratkan seperti gelombang
frekuansi radio :
Sekiranya kita membuka gelombang frekuasi channel radio 200 .jika kita buka frekuasi ini dimana – mana tempat pasti kita akan menperoleh isyarat gelombang tersebut tetapi jika kita membuka gelombang frekuasi 100 adakah kita dapat frekuasi itu , pasti tidak bukan .
1) Umat islam perlu kembali kepada hukum ALLAH HUDUD
– sekiranya undang undang islam dikuatkuasa dalam Negara kita pasti pemikiran yang bertentangan dengan AL QURAN dan AL SUNNAH akan tidak berjaya masuk dalam agama islam
Tetapi disebabkan umat islam sebenarnya telah dikuasai oleh pemerintah sekular . yang pasti golongan sekular merupakan duri dalam agama islam . Mereka merupakan golongan yang sebenar cuba merosakkan agama islam dengan pemikiran luar .
Mereka takut untuk menjalankan hukum ALLAH dengan pelbagai alasan kononnya hudud tidak sesuai dijalankan di
Negara yang berbilang kaum tetapi sebenarnya hukum ini hanya akan dijalankan kepada orang islam sahaja .
sebenarnya hukum hudud merangkumi semua aspek kehidupan .Golongan sekular yang telah menjatuhkan empayar
islam yang agung .
Tiada hukum ALLAH di muka bumi merupakan peluang yang terbuka untuk pemikiran yang tidak seiring masuk ke dalam agama islam . lihatlah pemikiran mereka telah sebati dalam diri kita tanpa kita sedari .
“Apabila kamu melihat umatku takut mengatakan ‘wahai penzalim’ kepada orang yang berlaku zalim sesungguhnya ia telah mengucap salam baginya “
Hukum hudud merupakan hukum dan peraturan daripada pencipta . Allah tahu apa yang diperlukan hambanya . Hukum ALLAH dibuat supaya manusia mengikut fitrah hidup yang sebenarnya dan tidak bercanggah dengan fitrah manusia
Contoh amalan dan permikiran yang mampu ditepis sekiranya hukum HUDUD ditegakkan di bumi ALLAH ialah akan adanya hukuman terhadap golongan lelaki yang cuba menyerupai perempuan
Dalam sebuah hadith yang sahih " Empat golongan yang pada hari dalam kemurkaan ALLAH dan petang hari dalam kemurkaan ALLAH . Lalu ada yang bertanya . " siapakah mereka itu wahai rasullah ? . Baginda menjawab , " iaitu lelaki yang menyerupai perempuan , perempuan yang menyerupai lelaki , Orang yang bersetubuh dengan binatang dan lelaki yang bersetubuh dengan lelaki .
( Hadis Riwayat al thabrani dan baihaqi )
2. Ilmu Islam mesti dirujuk kepada ulamak islam yang benar .
Kesilapan orang islam ialah meraka mengambil sumber ilmu yang salah tentang islam . Meraka menpelajari islam daripada golongan barat .Umat islam lebih menpercayai buku buku orang barat dan mengenetepikan kitab karangan para ahli ulamak .
Imam Ibnu Sirin pernah menyebutkan
إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ، فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ
“Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Oleh itu, hendaklah kamu perhatikan dari siapa kamu mengambil agama kamu”. (Riwayat Imam Muslim)
Sehebat mana pun golongan barat menkaji islam meraka tidak akan menyakini kebenaran tentang islam . Hal ini hati meraka masih terbelenggu dengan dogma kristian dan sekular .
Kajian yang meraka lakukan terhadap islam tidak dikaitkan islam yang merupakan prisip dan cara hidup yang sempurna . Meraka golongan yang kita anggap sekulae tidak menggunakan tradisi islam yang bersumber daripada wahyu untuk menkaji islam
Kajian mereka tentang hal-hal yang spesifik seperti tentang sejarah al-Quran, etika dalam Islam, politik dalam Islam dan lain-lain tidak dikaitkan dengan makna Islam sebagai suatu agama dan pandangan hidup yang memiliki prinsip dan tradisinya sendiri. Prinsip bahawa ilmu mendorong kepada iman, misalnya, tidak tercermin dalam tulisan-tulisan mereka. Ilmu-ilmu keislaman yang mereka miliki tidak mendorong pembacanya untuk beriman kepada Allah. Tidak juga membuat mereka sendiri yakin dengan kebenaran Islam.
Umat islam perlu didedahkan cara pemikiran islam yang sebenar .
Umat islam khususnya permuda permuda islam tidak berperanan sebagai permuda pada zaman Rasullah . Permuda islam kini lebih gemar meniru cara hidup golongan barat seperti cuba meniru tingkah laku perempuan . Golongan barat memang ingin melihat permuda islam terpesong daripada sifat sebenar seorang lelaki . Golongan ini telah hidup dalam dunia sendiri .
Sekiranya kita permuda islam , seorang muslim yang sejati pasti kita akan dapat menepis ideologi dan permikiran yang cuba dibawa oleh orang kafir untuk menjtatuhkan jati diri permuda - permuda islam .
Contoh lain idelogi yang berjaya masuk dalam agama islam ialah permikiran liberal . Golongan liberal mengunakan akal dan rasional dan sangsi terhadap ilmu yang berteraskan wahyu
Contoh ideologi yang telah berjaya masuk dalam agama islam hari ini ialah permikiran liberal . bagaimana kita boleh menepis pemikiran ini dari terus menular dalam agama islam .
Dari segi sejarah pemikiran Islam, cara berfikir mereka sinonim dengan cara berfikir Muktazilah yang telah ditentang sekeras-kerasnya oleh ulamak-ulamak Islam Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah. Kesalahan berfikir Muktazilah menurut ulamak ialah kerana mereka mengutamakan pandangan akal sekalipun bertentangan dengan nas (al-Quran dan al-Hadis). Sikap sedemikian menyebabkan mereka terkeluar dari manhaj Ahlus-Sunnah. Ahlus-Sunnah meletakkan al-Quran sebagai sumber pertama yang mesti menjadi rujukan oleh setiap orang yang mengkaji tentang Islam
Untuk selamat dari dakyah dan tipu-daya golongan Islam Liberal, umat Islam perlu didedahkan dengan ilmu islam yang tulen bukan ilmu islam daripada acuan sekular .
3. Jihad yang perlu dilakukan oleh orang islam sendiri untuk menhalang permikiran yang bercanggah masuk dalam agama islam
Jihad yang dilakukan untuk diri sendiri . kitalah yang mermerlukkan islam bukan islam yang mermerlukkan kita . nilai dan harga diri kita hanyalah disebab agama islam dengan mengabungkan diri kepada agama islam .
Syarat untuk mendapatkan pendirian yang tetap .
“sesungguhya serigala itu akan memakan kambing yang tersisih dari kumpulan “
Jalan ini merupakan jalan perbersihan dan mampu dilalui oleh orang mukmin yang sentiasa mengharapkan sesuatu kepada ALLAH